Siapa tidak kenal Zulaikha? Setiap kali mesyuarat berlangsung, pasti muncul nama Zulaikha sebagai penghuni yang tidak menunjukkan apa-apa perubahan sejak dimasukkan ke Baitul Annisa. Kehadirannya di sini pun atas dasar keterpaksaan. Hanya kerana situasi yang mencengkam dirinya untuk jauh dari masyarakat buat tempoh yang agak lama. Hanya kerana menutupi kandungannya yang kian membesar tanpa diketahui siapa ayahnya.
"Assalamualaikum.." sapa Nisa dalam niat semoga Allah melembutkan hati gadis di sebelahnya untuk berbicara dengannya, walau sebentar cuma.
"Waalaikumussalam.." jawab Zulaikha lantas membawa jasadnya bergerak pergi sedikit jauh dari Nisa. Seperti kebiasaannya, gadis ini memang susah untuk dirapati. Bahkan Kak Damia dan Kak Insyirah sekalipun sukar menjinakkan hati keras Zulaikha. Nisa akur.
"Zulaikha, saya minta maaf sebab mengganggu awak. Duduklah. Anggap sahaja saya tiada dekat sini, saya bukan nak berceramah dengan awak." ujar Nisa penuh berhati-hati. Takut mencalarkan emosi Zulaikha walau hatinya terasa terkilan dengan sikap keras hati Zulaikha.
"Maaf? Awak tak salah pun." Zulaikha duduk kembali. Tanpa ada sedikit senyuman, wajahnya agak dingin. Tertekan.
"Ya, tapi hanya memohon maaf dan memaafkan, memberi sedikit ketenangan dalam diri kita." suara Nisa agak perlahan. Takut bicaranya membuatkan Zulaikha pergi.
Nisa tunduk. Bayangan masa lalu terang di ruang fikirannya. Kelopak matanya dipejam rapat, mahu menyembunyikan air mata yang bertakung. Ah, masa lalu, tidak mungkin dapat dilupakan. Keperitan bagaikan masih terasa, kepedihan seperti menyengat separuh jiwanya. Kalimah Istighfar diucap penuh debar.
"Tenang awak kata? Siapa yang tenang?! Dia atau saya? Orang macam awak hanya tahu bercakap sahaja, siapa pun mampu bercakap, mengemukakan teori dan memberi faham pada orang yang jahil macam saya. Tapi bila awak dah harunginya sendiri, baru awak tahu betapa bezanya langit dan bumi!" lontaran suara Zulaikha menghambat separuh jiwanya.
Tidak menyangka kata seumpamanya lahir dari bibir gadis yang dilihat pasif itu. Nisa berdoa semoga bicaranya dijauhkan dari gangguan Syaitan, takut ketenangan disuntik kemarahan. Nisa tersenyum sambil menarik nafas tenang.
"Ya. Betul awak cakap. Bercakap memang mudah. Seperti budak yang meniru perkataan-perkataan yang lahir dari mulut orang dewasa, kadang-kadang mereka tahu mereka bercakap sesuatu tetapi mereka tidak memahaminya. Mereka sebut A,B,C tetapi kerap keliru apabila huruf-huruf itu dibentuk menjadi suatu perkataan baru. Memang sesuatu yang bukan mudah untuk mengajar mereka semua tu."
"Awak maksudkan saya sebodoh tu?"
"Tidak Ika. Seperti anak kecil yang belajar memanggil ibunya, tidak kiralah dengan panggilan apa sekalipun. Umi, ibu, mama, mami. Pada waktu itu, anak kecil itu masih tidak tahu membaca dan tidak tahu mengeja M.A.M.A pun. Tetapi pada masa itu, anak kecil itu tetap cuba menyebutnya. Bukan sekadar menyebut, malah yakin bahawa tidak kira apapun sebutan mama yang keluar dari bibirnya, baginya dia yakin panggilan itu untuk ibunya." Nisa sengaja tidak berbicara secara terus, biarkan Ika berfikir. Kadang-kadang apabila kita bercakap secara terus, selalunya diambil mudah. Apatah lagi bila berbual dengan orang yang menggunakan sepenuh emosinya.
"So, apa kena mengena dengan budak tu dengan kemaafan pula?" Pancingnya menjadi. Soal Ika ingin tahu.
"Bercakap tanpa memahami itu mudah. Bercakap tanpa mengalami atau mengamalkan itu selembut-lembut lidah. Tapi bercakap dengan jiwa yang yakin itu sehalus-halus suntikan. Suntikan yang mungkin tidak memberi apa-apa kesan dalam masa singkat, tapi mampu memberi kesembuhan yang berpanjangan."
"Tapi susah bagi saya! Masalah saya besar! Saya memang hina! Saya lemah nak hadapi semua ni!" bentak Zulaikha. Keliru. Apakah yang ingin disampaikan Nisa sebenarnya? Adakah sekadar mencari kesilapanku?
Benar! Aku tidak semulia kau, aku insan yang berdosa, tidak seperti engkau. Engkau dikelilingi orang yang baik-baik, tidak hairanlah kalau kau pun baik dan laluan kau untuk kenal agama dipermudahkan-Nya. Andai saja engkau ditempatku, pasti dosa itu menjadi suatu kebiasaan!
"Zulaikha.. kita hanya seorang hamba. Biarlah kita menjadi hamba kepada Allah. Saya pun hina Ika. Kita takkan mampu lari dari masalah. Awak yakin dengan ALLAH?"
"Mestilah! Kan saya Islam!" cebik Ika.
"Allahu Akhbar. Allah itu sememangnya Maha Besar kan?"soal Nisa terus.
"Awak tanya sesuatu yang awak dah tahu!"
"Masalah awak terlalu kecil dibandingkan dengan kuasa Allah. Dosa awak terlalu kecil dibandingkan dengan ciptaan Allah di muka bumi ini, Ika. Last question, awak yakin pada hari Akhirat? Syurga? Neraka?"
"Kenapa dari tadi awak asyik tanya benda yang sama. Mestilah yakin. Semua tu kan rukun Iman!"
"Kalau awak sudah yakin ALLAH itu Maha Besar. Don't tell ALLAH how big is your problem, but tell your problems how big is ALLAH. Kalau awak sudah yakin akan hari akhirat, syurga dan neraka itu memang ada, pasti Ika akan rasa masalah dunia tidaklah sepayah mana. Tidaklah sesusah mana. Teruk bagaimana pun kita rebah, terluka, terhina tapi Allah masih memberi nafas percuma, tidak berbayar! Sedang Akhirat nanti, jawapan pada apa jua masalah kita cuma dua, Syurga atau sebaliknya." titisan jernih mengalir membasahi pipi Nisa. Akhirat. Siapa yang yakin akannya pasti takut dan bimbang memikirkan nasib di sana.
"Maaf kerana mengambil masa Ika. Alhamdulillah, saya minta maaf kalau awak terluka dengan kata-kata saya. Semua orang ada masalah. Tapi andai masalah itu membuatkan kita dekat pada Allah, bukankah itu satu rahmat dari Allah? Assalamualaikum Zulaikha." Nisa meninggalkan Zulaikha. Digagahi langkahnya meninggalkan gadis itu. Semoga dia mengerti. Semoga dia memahami, bisiknya.
*******************************
Hati mana yang tidak gembira,
Bakal memiliki cahayamata,
Penyambung zuriat keturunan,
Hadir membawa bahagia.
Namun dalam kegembiraan itu,
Terselit duka yang meruntun kalbu,
Insan yang bakal dilahir ke dunia,
Tak tahu asal usulnya.
Ribut pasir di gurun membara,
Tak sehebat kalut di dalam jiwa,
Apa jawabmu bila ditanya,
Janin yang membesar di rahimmu itu... siapa bapanya,
Sedang dirimu yang masih suci tiada ternoda.
Saidatina Mariam perawan mulia,
Tabah kau hadapi dugaan melanda,
Saidatina Mariam wanita solehah,
Kebenaran terbukti pada yang tak bersalah.
Akhlak yang terpuji dan berperibadi yang tinggi,
Menjadi pakaian dan perhiasan diri,
Sehingga Allah memilih rahimmu yang suci murni,
Untuk menghamilkan Isa... seorang nabi.
Zulaikha tersentuh. Lagu yang diputarkan di radio Ikim fm itu meruntun kalbunya. Sesuci Mariam nyanyian kumpulan nasyid Nice. Hatinya seperti tertusuk sesuatu. Ah, penderitaanku terlalu kecil! Masalah ku terlalu sedikit. Seperti dikejutkan tidur lena.
Dalam esakan dia segera berlari keluar dari kamarnya, menuju ke bilik pentadbiran Baitul Annisa. Mencari-cari kelibat gadis itu. Gadis yang berbicara dengannya tempoh hari. Nisa. Di manakah dia? Ya Allah, pertemukan aku dengannya!
Surau. Gerak hatinya meneka. Zulaikha berlari menuju ke Surau Baitul Annisa, berharap semoga Nisa berada di situ. Nisa dilihat sedang membaca tafsir al-Quran. Duduk di suatu sudut. Bersendirian. Zulaikha cuba menyembunyikan tangisannya, menyeka air mata yang masih mahu mengalir. Mendekati Nisa perlahan-lahan.
"Assalamualaikum.. Nisa?" suara Zulaikha sedikit serak.
"Waalaikumussalam.. Ika?" tafsirnya ditutup setelah ditanda dan dicium ke dahi. Lantas pandangannya terus beralih pada Zulaikha. Senyuman terpancar dari wajahnya.
"Terima kasih.. Terima kasih Nisa. Awak dah banyak menyedarkan saya." Zulaikha mendakap Nisa.
"Alhamdulillah. Syukur pada Allah. Allah sayangkan kita. Allah terlalu sayangkan awak Ika. Saya cuma perantara, tapi Dia. Allah Maha Besar."
"Saya harap awak terus menjadi sukarelawan di sini. Saya senang bersama awak. Saya nak mendekati agama. Saya nak berubah, sehingga anak ni lahir. Saya nak awak jadi ibu angkatnya."
"Zulaikha.. ya, saya akan terus di sini. Tapi.." Nisa memegang tangan Zulaikha.
"Ya.. Alhamdulillah. Tapi apa?"
"Tapi saya bukan sukarelawan di sini, Saya juga penghuni seperti awak." Terkejut. Terkesima sebentar. Benarkah apa yang dikatakan Nisa? Jadi...
"Allah Maha Besar. Allah Maha Besar... saya baru menghuni di rumah perlindungan ni. Kak Insyirah yang menjemput saya."
"Awak pun ter..."
"Saya dianiayai ayah sendiri. Dua tahun menderita. Tapi saya redha. Allah Maha Besar, saya takkan membenci ayah. Dia juga seorang hamba Allah, mungkin kabur pada kebesaran Allah. Saya dah maafkan semuanya. Syukur. Hanya Allah yang tahu apa yang terbaik buat hamba-Nya. Kadang-kadang kita terlalu memandang masalah besar dalam hidup kita, hinggakan lupa pada perkara kecil yang mungkin menjadi jawapan pada persoalan masalah kita." Bicara Nisa yang harus ditafsir akal dan hati.
"Astaghfirullah..apa yang buat awak setabah tu Nisa?! Kenapa awak setenang ini?"
"Hanya mengingati Allah membuat kita tenang. Hanya mengingati Allah segala susah payah dipermudahkan dalam jiwa." Pintas Annisa dan seraya membuka tafsir miliknya dengan bacaan basmallah dan al-Fatihah. Membuka halaman dan jarinya menunjuk ke ayat 15, Surah al-Hujurat.
"Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan Imannya)"
"Yakin." ujar Nisa lagi dengan suara berbisik
"Allah Maha Besar. Allahu Akhbar." sambung Zulaikha dengan lontaran suara yang penuh yakin.
'Cinta itu hadir bila adanya keYAKINan, Yakin itulah yang memimpin si Buta berjalan tanpa melihat, Yakin itulah membimbing si pekak memahami tanpa mendengar, Yakin itulah membuat si Bisu berdoa tanpa suara, Yakin itu letak di HATI, Subur di JIWA, Terang dengan TAQWA. Cinta itu lahir dari KEYAKINAN. Bila anda YAKIN anda akan PERCAYA, bila anda PERCAYA anda akan ada JIWA yang membawa kepada USAHA mendekatkan diri kepada keyakinan kita. Bila anda YAKIN anda tidak berputus asa, dari situ lahirlah DOA untuk sentiasa mengharap kepada apa yang kita PERCAYA. Bila anda tak putus asa anda akan REDHA. Bila anda REDHA, di situlah lahir keIKHLASAN yang tidak mengenal erti penat lelah dalam mendekati CINTA dan JIWA kita.'
Tulisan tangan dari Nisa pada belakang kulit buku 'La Tahzan Kerana Cinta' melahirkan senyuman di bibir Zulaikha. 'Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akhbar' kalimah yang dilafaz tanpa ragu. Berulang dan berlagu di ruang hatinya. Selagi nafas berhembus, hidup perlu terus, semoga tetap di jalan lurus-Mu.
![]() |
| my story is mystery, his story is history |

No comments:
Post a Comment