Friday, 6 April 2012

Hijab Cinta Annisa II

alt
Zulaikha duduk bersendirian, memerhatikan rakan-rakan penghuninya beriadah bermain bola tampar petang itu. Nisa yang tatkala itu baru melangkah keluar dari ruang pejabat pentadbiran rumah perlindungan memandang gadis itu dari jauh. Hatinya tergerak mendekati gadis pendiam itu.

Siapa tidak kenal Zulaikha? Setiap kali mesyuarat berlangsung, pasti muncul nama Zulaikha sebagai penghuni yang tidak menunjukkan apa-apa perubahan sejak dimasukkan ke Baitul Annisa. Kehadirannya di sini pun atas dasar keterpaksaan. Hanya kerana situasi yang mencengkam dirinya untuk jauh dari masyarakat buat tempoh yang agak lama. Hanya kerana menutupi kandungannya yang kian membesar tanpa diketahui siapa ayahnya.

"Assalamualaikum.." sapa Nisa dalam niat semoga Allah melembutkan hati gadis di sebelahnya untuk berbicara dengannya, walau sebentar cuma.

"Waalaikumussalam.."  jawab Zulaikha lantas membawa jasadnya bergerak pergi sedikit jauh dari Nisa. Seperti kebiasaannya, gadis ini memang susah untuk dirapati. Bahkan Kak Damia dan Kak Insyirah sekalipun sukar menjinakkan hati keras Zulaikha. Nisa akur.

"Zulaikha, saya minta maaf sebab mengganggu awak. Duduklah. Anggap sahaja saya tiada dekat sini, saya bukan nak berceramah dengan awak." ujar Nisa penuh berhati-hati. Takut mencalarkan emosi Zulaikha walau hatinya terasa terkilan dengan sikap keras hati Zulaikha.

"Maaf? Awak tak salah pun." Zulaikha duduk kembali. Tanpa ada sedikit senyuman, wajahnya agak dingin. Tertekan.

"Ya, tapi hanya memohon maaf dan memaafkan, memberi sedikit ketenangan dalam diri kita." suara Nisa agak perlahan. Takut bicaranya membuatkan Zulaikha pergi.

Nisa tunduk. Bayangan masa lalu terang di ruang fikirannya. Kelopak matanya dipejam rapat, mahu menyembunyikan air mata yang bertakung. Ah, masa lalu, tidak mungkin dapat dilupakan. Keperitan bagaikan masih terasa, kepedihan seperti menyengat separuh jiwanya. Kalimah Istighfar diucap penuh debar.

"Tenang awak kata? Siapa yang tenang?! Dia atau saya? Orang macam awak hanya tahu bercakap sahaja, siapa pun mampu bercakap, mengemukakan teori dan memberi faham pada orang yang jahil macam saya. Tapi bila awak dah harunginya sendiri, baru awak tahu betapa bezanya langit dan bumi!" lontaran suara Zulaikha menghambat separuh jiwanya.

Tidak menyangka kata seumpamanya lahir dari bibir gadis yang dilihat pasif itu. Nisa berdoa semoga bicaranya dijauhkan dari gangguan Syaitan, takut ketenangan disuntik kemarahan. Nisa tersenyum sambil menarik nafas tenang.

"Ya. Betul awak cakap. Bercakap memang mudah. Seperti budak yang meniru perkataan-perkataan yang lahir dari mulut orang dewasa, kadang-kadang mereka tahu mereka bercakap sesuatu tetapi mereka tidak memahaminya. Mereka sebut A,B,C tetapi kerap keliru apabila huruf-huruf itu dibentuk menjadi suatu perkataan baru. Memang sesuatu yang bukan mudah untuk mengajar mereka semua tu."

"Awak maksudkan saya sebodoh tu?"

"Tidak Ika. Seperti anak kecil yang belajar memanggil ibunya, tidak kiralah dengan panggilan apa sekalipun. Umi, ibu, mama, mami. Pada waktu itu, anak kecil itu masih tidak tahu membaca dan tidak tahu mengeja M.A.M.A pun. Tetapi pada masa itu, anak kecil itu tetap cuba menyebutnya. Bukan sekadar menyebut, malah yakin bahawa tidak kira apapun sebutan mama yang keluar dari bibirnya, baginya dia yakin panggilan itu untuk ibunya." Nisa sengaja tidak berbicara secara terus, biarkan Ika berfikir. Kadang-kadang apabila kita bercakap secara terus, selalunya diambil mudah. Apatah lagi bila berbual dengan orang yang menggunakan sepenuh emosinya.

"So, apa kena mengena dengan budak tu dengan kemaafan pula?" Pancingnya menjadi. Soal Ika ingin tahu.

"Bercakap tanpa memahami itu mudah. Bercakap tanpa mengalami atau mengamalkan itu selembut-lembut lidah. Tapi bercakap dengan jiwa yang yakin itu sehalus-halus suntikan. Suntikan yang mungkin tidak memberi apa-apa kesan dalam masa singkat, tapi mampu memberi kesembuhan yang berpanjangan."

"Tapi susah bagi saya! Masalah saya besar! Saya memang hina! Saya lemah nak hadapi semua ni!" bentak Zulaikha. Keliru. Apakah yang ingin disampaikan Nisa sebenarnya? Adakah sekadar mencari kesilapanku?

Benar! Aku tidak semulia kau, aku insan yang berdosa, tidak seperti engkau. Engkau dikelilingi orang yang baik-baik, tidak hairanlah kalau kau pun baik dan laluan kau untuk kenal agama dipermudahkan-Nya. Andai saja engkau ditempatku, pasti dosa itu menjadi suatu kebiasaan!

"Zulaikha.. kita hanya seorang hamba. Biarlah kita menjadi hamba kepada Allah. Saya pun hina Ika. Kita takkan mampu lari dari masalah. Awak yakin dengan ALLAH?"

"Mestilah! Kan saya Islam!" cebik Ika.

"Allahu Akhbar. Allah itu sememangnya Maha Besar kan?"soal Nisa terus.

"Awak tanya sesuatu yang awak dah tahu!"

"Masalah awak terlalu kecil dibandingkan dengan kuasa Allah. Dosa awak terlalu kecil dibandingkan dengan ciptaan Allah di muka bumi ini, Ika. Last question, awak yakin pada hari Akhirat? Syurga? Neraka?"

"Kenapa dari tadi awak asyik tanya benda yang sama. Mestilah yakin. Semua tu kan rukun Iman!"

"Kalau awak sudah yakin ALLAH itu Maha Besar. Don't tell ALLAH how big is your problem, but tell your problems how big is ALLAH. Kalau awak sudah yakin akan hari akhirat, syurga dan neraka itu memang ada, pasti Ika akan rasa masalah dunia tidaklah sepayah mana. Tidaklah sesusah mana. Teruk bagaimana pun kita rebah, terluka, terhina tapi Allah masih memberi nafas percuma, tidak berbayar! Sedang Akhirat nanti, jawapan pada apa jua masalah kita cuma dua, Syurga atau sebaliknya." titisan jernih mengalir membasahi pipi Nisa. Akhirat. Siapa yang yakin akannya pasti takut dan bimbang memikirkan nasib di sana.

"Maaf kerana mengambil masa Ika. Alhamdulillah, saya minta maaf kalau awak terluka dengan kata-kata saya. Semua orang ada masalah. Tapi andai masalah itu membuatkan kita dekat pada Allah, bukankah itu satu rahmat dari Allah? Assalamualaikum Zulaikha." Nisa meninggalkan Zulaikha. Digagahi langkahnya meninggalkan gadis itu. Semoga dia mengerti. Semoga dia memahami, bisiknya.

*******************************

Hati mana yang tidak gembira,
Bakal memiliki cahayamata,
Penyambung zuriat keturunan,
Hadir membawa bahagia.

Namun dalam kegembiraan itu,
Terselit duka yang meruntun kalbu,
Insan yang bakal dilahir ke dunia,
Tak tahu asal usulnya.

Ribut pasir di gurun membara,
Tak sehebat kalut di dalam jiwa,
Apa jawabmu bila ditanya,
Janin yang membesar di rahimmu itu... siapa bapanya,
Sedang dirimu yang masih suci tiada ternoda.

Saidatina Mariam perawan mulia,
Tabah kau hadapi dugaan melanda,
Saidatina Mariam wanita solehah,
Kebenaran terbukti pada yang tak bersalah.

Akhlak yang terpuji dan berperibadi yang tinggi,
Menjadi pakaian dan perhiasan diri,
Sehingga Allah memilih rahimmu yang suci murni,
Untuk menghamilkan Isa... seorang nabi.

Zulaikha tersentuh. Lagu yang diputarkan di radio Ikim fm itu meruntun kalbunya. Sesuci Mariam nyanyian kumpulan nasyid Nice. Hatinya seperti tertusuk sesuatu. Ah, penderitaanku terlalu kecil! Masalah ku terlalu sedikit. Seperti dikejutkan tidur lena.

Dalam esakan dia segera berlari keluar dari kamarnya, menuju ke bilik pentadbiran Baitul Annisa. Mencari-cari kelibat gadis itu. Gadis yang berbicara dengannya tempoh hari. Nisa. Di manakah dia? Ya Allah, pertemukan aku dengannya!

Surau. Gerak hatinya meneka. Zulaikha berlari menuju ke Surau Baitul Annisa, berharap semoga Nisa berada di situ. Nisa dilihat sedang membaca tafsir al-Quran. Duduk di suatu sudut. Bersendirian. Zulaikha cuba menyembunyikan tangisannya, menyeka air mata yang masih mahu mengalir. Mendekati Nisa perlahan-lahan.

"Assalamualaikum.. Nisa?" suara Zulaikha sedikit serak.

"Waalaikumussalam.. Ika?" tafsirnya ditutup setelah ditanda dan dicium ke dahi. Lantas pandangannya terus beralih pada Zulaikha. Senyuman terpancar dari wajahnya.

"Terima kasih.. Terima kasih Nisa. Awak dah banyak menyedarkan saya." Zulaikha mendakap Nisa.

"Alhamdulillah. Syukur pada Allah. Allah sayangkan kita. Allah terlalu sayangkan awak Ika. Saya cuma perantara, tapi Dia. Allah Maha Besar."

"Saya harap awak terus menjadi sukarelawan di sini. Saya senang bersama awak. Saya nak mendekati agama. Saya nak berubah, sehingga anak ni lahir. Saya nak awak jadi ibu angkatnya."

"Zulaikha.. ya, saya akan terus di sini. Tapi.." Nisa memegang tangan Zulaikha.

"Ya.. Alhamdulillah. Tapi apa?"

"Tapi saya bukan sukarelawan di sini, Saya juga penghuni seperti awak." Terkejut. Terkesima sebentar. Benarkah apa yang dikatakan Nisa? Jadi...

"Allah Maha Besar. Allah Maha Besar... saya baru menghuni di rumah perlindungan ni. Kak Insyirah yang menjemput saya."

"Awak pun ter..."

"Saya dianiayai ayah sendiri. Dua tahun menderita. Tapi saya redha. Allah Maha Besar, saya takkan membenci ayah. Dia juga seorang hamba Allah, mungkin kabur pada kebesaran Allah. Saya dah maafkan semuanya. Syukur. Hanya Allah yang tahu apa yang terbaik buat hamba-Nya. Kadang-kadang kita terlalu memandang masalah besar dalam hidup kita, hinggakan lupa pada perkara kecil yang mungkin menjadi jawapan pada persoalan masalah kita." Bicara Nisa yang harus ditafsir akal dan hati.

"Astaghfirullah..apa yang buat awak setabah tu Nisa?! Kenapa awak setenang ini?"

"Hanya mengingati Allah membuat kita tenang. Hanya mengingati Allah segala susah payah dipermudahkan dalam jiwa." Pintas Annisa dan seraya membuka tafsir miliknya dengan bacaan basmallah dan al-Fatihah. Membuka halaman dan jarinya menunjuk ke ayat 15, Surah al-Hujurat.

"Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan Imannya)"

"Yakin." ujar Nisa lagi dengan suara berbisik

"Allah Maha Besar. Allahu Akhbar." sambung Zulaikha dengan lontaran suara yang penuh yakin.

'Cinta itu hadir bila adanya keYAKINan, Yakin itulah yang memimpin si Buta berjalan tanpa melihat, Yakin itulah membimbing si pekak memahami tanpa mendengar, Yakin itulah membuat si Bisu berdoa tanpa suara, Yakin itu letak di HATI, Subur di JIWA, Terang dengan TAQWA. Cinta itu lahir dari KEYAKINAN. Bila anda YAKIN anda akan PERCAYA, bila anda PERCAYA anda akan ada JIWA yang membawa kepada USAHA mendekatkan diri kepada keyakinan kita. Bila anda YAKIN anda tidak berputus asa, dari situ lahirlah DOA untuk sentiasa mengharap kepada apa yang kita PERCAYA. Bila anda tak putus asa anda akan REDHA. Bila anda REDHA, di situlah lahir keIKHLASAN yang tidak mengenal erti penat lelah dalam mendekati CINTA dan JIWA kita.'

Tulisan tangan dari Nisa pada belakang kulit buku 'La Tahzan Kerana Cinta' melahirkan senyuman di bibir Zulaikha. 'Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akhbar' kalimah yang dilafaz tanpa ragu. Berulang dan berlagu di ruang hatinya. Selagi nafas berhembus, hidup perlu terus, semoga tetap di jalan lurus-Mu.

my story is mystery, his story is history

Hijab Cinta Annisa

alt

"Apa guna pakai tudung kalau baju sendat, seluar pula ketat? Masa dekat luar, tudung bukan main baik, tapi bila dalam facebook gambar dedah sana, dedah sini. Seksi. Lepas itu dekat shopping mall bukan main berfesyen dengan tudung, tapi masa jemur kain kat luar rumah, pakai seluar pendek sahaja pun jadi. Baik, tak payah pakai terus. Buka je!"
  
"Eh Nur, tak baik awak berfikiran macam itu. Bercakap bukan dengan perasaan, tetapi biarlah dengan fikiran yang ada Iman."

"Tapi kenyataan Nisa. Apa beza kalau aku cakap ikut perasaan ke fikiran ke sedangkan itulah kebenaran. Aku bukan nak mengutuk atau mengumpat, aku cuma meluahkan apa yang tersimpan dalam hati aku je. Geram bila orang bertudung macam kita ini, macam diperlekehkan oleh kaum sendiri."

"Itulah perbezaannya. Kita orang Islam, kita ada Iman. Iman itu bukan pada hati,  tetapi terpancar dari perbuatan dan pancaindera yang lain. Iman tu bukannya digunakan masa solat, masa zikir, tetapi bila-bila. Jadi sekarang aku nak tanya kau pula, apa tujuan kau bertudung?"

"Tak perlulah kau tahu Nisa. Allah Maha Mengetahui niat aku ikhlas ke tidak."

"Sebab itulah kita bercakap biarlah dengan akal fikiran. Bersangka baik itu ibarat doa. Apabila aku tanya tentang niat, kau kata itu urusanmu dengan Allah. Jadi, kau tidak patut mengutuk mereka macam itu Nur. Niat mereka menutup aurat itu baik, cuma belum secara sempurna.

Bagi yang kurang ilmu kita ajarkan, bagi yang kurang bimbingan, kita yang tahu boleh bagi dorongan. Kita sebagai saudara cuba menegur sebaik mungkin, tetapi Allah, yang memiliki hati kita dan Dia jua yang memberi kita hidayah. Kalau bukan dengan rahmat Allah, belum tentu kita masih mahu bertudung. Mungkin kita jauh lebih teruk dari dibayangkan." ujar Nisa cuba memberi teguran kepada sahabatnya sehalus yang mungkin.

Teguran atau nasihat saling berkaitan dengan penerimaan HATI dan JIWA. Manusia berhubung melalui perasaan, ada keikhlasan maka akan ada sentuhan halus yang masuk ke nurani setiap Insan. Bukanlah teguran sebanyak mungkin yg diperlukan, tetapi kekuatan hati untuk terus menyuntik keikhlasan dalam bersama-sama memperbaiki amalan.

"Entahlah, aku dulu pun tidak bertudung. Tapi Alhamdulillah Allah beri aku nikmat rasa menutup aurat dan aku cuma kecewa apabila segelintir di luar sana bertudung tetapi perangai lebih teruk. Aku rasa macam penat sahaja aku pakai tudung tapi orang judge aku teruk."

"Nur, tiada siapa yang sempurna di dunia. Ada yang solat tetapi masih lagi melakukan maksiat. Ada yang tidak pernah tinggal zakat dan puasa sunat, tetapi kadang-kadang solat pula selalu lewat. Kita yang selalu silap. Kita memikirkan apabila memakai tudung, maka aurat sudah ditutup. Tidak. Aurat itu bukan pada tudung semata-mata. Apabila kita menutup aurat biarlah sebab kita mahu mendekati Allah, mahu didekati Allah. Apabila mahu didekati, kita takkan terlepas dari diuji. Kita akan rasa putus asa dan banyak mengeluh sebab kita buat sesuatu bukan kerana Allah. Tetapi kerana mahu dipandang baik. Mahu dipandang alim. Niat salah semuanya akan serba tidak kena."

"Kenapa kau boleh setabah tu ye Nisa? Aku kadang-kadang tak boleh kawal marah aku dan geram bila orang cakap itu, ini."

"Nur, awak lupa ye.. kalau kita mencintai sesuatu. Kita tidak akan rasa susah atau payah, kita akan buat sesuatu untuk yang kita cintai walaupun kita tidak dilihat. Kita akan buat sesuatu bukan kerana mahukan balasan setimpal, tetapi kerana sayang. Tidak kira susah atau sepahit apapun kita sanggup, sebab kita telah meletakkan jiwa dalam cinta kita. Kita buat bukan kerana mahu perhatian semata,  tetapi kita terasa kita yang sering diperhatikan. Itulah jiwa hamba yang perlu ada, Nur. Apabila kita punya jiwa hamba, kita akan ada ihsan dalam Iman. Insya-Allah, Allah akan permudahkan laluan."

"Jadi maksud kau, kita mungkin akan buat silap. Tapi selagi kita ada niat mendekatkan diri kepada Allah kita mesti berusaha memperbaiki kesilapan kita? Atas sebab kita sedang diperhatikan setiap masa dan tak kira tempat, kan?"

"Betul tu. Apabila kita selalu diperhatikan, jadi bagaimana kita tidak malu untuk melanggar perintahnya. Perkataan kita itu satu ucapan yang mungkin dipersoalkan Akhirat sana. Solat itu kewajipan. Tidak kira dia cacat atau buta, tapi wajib dilaksanakan. Begitu juga membaca al-Quran. Tidak kira dia pandai tajwid atau tidak tahu bahasa Arab, tapi kita perlu tahu membaca al-Quran sebab itu santapan rohani kita.

Tidak kira dia di masjid atau di mana pun, selagi ada peluang solat berjemaah maka kita kena lakukan. Tapi kita selalu silap tafsir, apabila tidak menutup aurat, kita memikirkan yang kita telah melakukan suruhan yang lain. Kita puasa penuh di bulan Ramadhan, kita solat lima di awal waktu. Apabila ada yang menggoda atau tergoda kita marah kerana mereka tidak setaraf kita. Sebab itu, Allah suruh menutup aurat. Apabila menutup aurat maruah terpelihara. Bukan maruah individu sahaja, tetapi maruah agama.

Kemaslahatan ummah. Mungkin kita rasa Iman kita cukup kuat untuk menepis godaan di luar sana, tetapi selagi ada Syaitan, maka akan ada pengaruh di luar sana yang menguji Iman saudara kita yang lain. Jadi mana pula rasa cinta kita sebagai umat nabi Muhammad s.a.w? Maka tutuplah aurat kerana kewajipan kita sebagai muslimah dan cinta kita kepada Allah, tidak kira ikhlas atau tidak. Tutuplah aurat kerana kita betul-betul yakin akan ajaran Islam, adanya Neraka, adanya Syurga, paling penting yakin betapa Allah itu MAHA BESAR".

"Tapi ramai yang bertudung sekarang, semua jenis fesyen ada. Melilit, bercorak atau yang ekspress semuanya tersedia."

"Tudung itu sepatutnya menarik mereka yang tidak menutup aurat kepada menutup aurat dan tidak sepatutnya menjadi penarik pula bagi kaum Adam untuk mengorat atau mendekat. Niat itu yang penting. Tutup aurat dan mahu jaga akhlak. Itu identiti sebagai muslimah. Kadang-kadang perkara kecil yang kita sering terlepas pandang ini, akan mengundang rasa riak, melahirkan rasa bangga apabila kita bertudung. Kita rasa tudung kita tercantik, kita paling cantik. Maka di sini kecantikan yang kita cari bukan cantik hati, tetapi cantik pandangan mata semata-mata.

Tudung itu seharusnya menjadi pelindung diri dari pandangan nafsu dunia, mewujudkan rasa cinta dengan bersederhana, menjadi pendinding untuk menjauhkan maksiat dan penyelamat di Akhirat."

Bukan berdebat. Bukan juga untuk mencari silap masyarakat. Tetapi Nisa cuma mahu menyedarkan sahabatnya betapa Islam itu indah. Iman itu dengan Taqwa.

******************************

Hijab Cinta-Mu
Kecantikan itu bukan diukur,
Pada nilai kain yang melindungi rambutmu,
Pada kain yang membaluti tubuhmu,
Bukan juga pada warna-warni fesyen terkini gayamu,
Bukan juga pada ketinggian tapak kasut pada tumitmu.

Kecantikan itu bukan terlihat,
Pada maskara di bulu matamu yang lebat,
Pada pemerah di pipimu yang memikat,
Pada gincu dan lip gloss merah melekat,
Bukan juga pada bedak maybelline yang menjadi teman rapat.

Kecantikan itu tidak harus diserlah,
Pada baju berwarna terang di kulitmu yang cerah,
Pada kain singkat terangkat terdedah,
Pada kain nipis yang tembus cela,
Bukan juga pada suara yang lenggok bermadah.

Sungguh kecantikan itu sering disalah tafsir,
Pada mata yang melihat zahir, bukan hati dan akal yang berfikir,
Hinggakan kecantikan itu hilang makna dan rasa,
Hingga jiwa kerap jemu dan berubah.
Hingga nafsu kerap jatuh rebah!

Cantik itu bermakna,
Pada mata menawan pandangannya selalu tunduk,
Pada wajah yang selalu basah di kala wudhu,
Pada bibir berzikir tawadhu,
Pada nafsu, Iman memujuk,

Cantik itu bahagia,
Pada jasad amanah sebaiknya dijaga ,
Pada suara mengajak berdakwah,
Pada baju labuh menjaga maruah,
Pada cinta yg hak terpelihara.

Justeru,
Sabar mengajar,
Redha dikejar,
Beruntunglah wanita yang dilihat, kalimah Allah di lidah terpahat,
Berbahagialah wanita yang diuji, merasa diri sering diperhati,
Malu menjadi pendinding diri,
Kerana pandangan hati lebih utama,
Pandangan Tuhan segala-galanya,
Maka Hijabkan dirimu, Pelihara amanahmu,
Itulah kecantikan yang abadi,
Itulah kebahagiaan yang dicari,
Insya-Allah, ya Rabbal Alamin..

Alhamdulillah, Alhamdulillah, bibirnya meniti kalimah melafazkan kesyukuran buat Maha Besar. Kerdil sungguh tinta ini dibandingkan dengan luasnya ilmu-Mu. Blog Annisa ditatap lama. Rindu menggamit dalam diri. Rindu bertemu penghuni Baitul Annisa. Bertemu dengan kak Damia dan Kak Insyirah. Bertuah bila dapat bertemu insan yang bersama-sama berdiri di jalan Allah dan berjihad dengan menyedarkan yang terleka. Sungguh, perjalanan yang penuh rahsia ini penuh hikmahnya.

Thursday, 5 April 2012

APRIL FOOL !!!

April Fool? pastinya kita semua sering mendengar mengenai perayaan ini. Perayaan yang disambut pada setiap 1 April yang menghalalkan perbuatan menipu atau berbohong dengan tujuan gurauan dan memperbodohkan orang lain.

baby
April Fool mungkin kelihatan menyeronokkan bagi sesetengah pihak. Hari tersebut dianggap sebagai hari untuk bergurau senda dengan kawan-kawan,saudara mara ataupun sesiapa sahaja dengan cara menipu. Tapi tahukah kita apakah disebalik perayaan april fool dan terfikirkah kita dengan kesan daripada kita menyambut perayaan ini?

Menurut sumber, April Fool merupakan sebuah perayaan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib yang dilakukan melalui cara-cara penipuan. Perayaan April Fool bermula daripada satu episod sejarah tragedi besar yang menimpa kaum Muslimin di Sepanyol pada tahun 1487 M, atau bertepatan dengan 892 H. Oleh sebab itu, mereka merayakan April Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun ia dikaburi dengan alasan kononnya ia hanya sekadar suatu hiburan atau gurauan belaka.

Namun begitu, dukacita saya tanyakan, adakah kita semua tahu rahsia di sebalik April fool dan tidak marayakannya atau adakah kita hanya mengikut budaya barat dan menyambut perayaan ini?

Jika jawapan kita yang kedua. Maka kita adalah yang tergolong dalam golongan yang rugi. Kita adalah fool yang sebenarnya dan apa yang kita tahu hanyalah meniru perbuatan orang barat tanpa menyelidik itu dan ini semata. Oleh yang demikian, berhentilah mejadi orang yang menurut dan terikut-ikut sahaja,jadilah orang yang hebat,yang membina revolusi dan jauhkanlah diri kita dari di'fool'kan

Dalam sabda Rasulullah S.A.W pun, baginda akan bersabda mengenai perbuatan menikut-ikut ini.
"Kamu akan mengikuti sunnah umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehinggakan jika mereka memasuki lubang biawak (dhab) nescaya kamu akan mengikuti mereka. Sahabat bertanya: Adakah mereka itu kaum Yahudi dan Nasrani, wahai Rasulullah? Sabda Baginda SAW: Ya, siapa lagi kalau bukan mereka?"  [Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim]

April Fool ini tidak lain tidak bukan cumalah hari yang mendatangkan kerugian. jelas sekali impak perayaan ini adalah perkara yang buruk sahaja. Sesiapa sahaja pasti akan marah jika diperbodohkan,Malah ada banyak laporan yang menyatakan perbuatan ini ada yang menyebabkan saudara-mara mahupun kawan yang membunuh orang yang menipu kerana tidak dapat mengawal emosi.Bukan itu sahaja, April fool ini jelas sekali boleh menyebabkan seseorang akan hilang kepercayaannya terhadap orang lain. Pemikiran pun asyik bergfikir yang negatif sahaja mengenai orang lain.

Konklusinya, April Fool ini sudah terbukti tidak mempunyai apa-apa yang menarik dan mendatangkan faedah untuk kita sambut.

Jadi, Say No to April Fool!!

Salam cayang sumer!~ *mmuuaahh* hee

IMPIAN CINTAKU II ...

alt
Sambungan bahagian ke-2

Setelah berhari-hari memikirkan kata-kata Fakri tempoh hari, aku mengambil keputusan untuk menuruti cadangan kedua yang Fakri utarakan. Aku berpendapat Sara adalah orang yang paling sesuai untuk menjadi orang tengah antaraku dan Fakri kerana Sara sudah lama mengenali Fakri. Aku yakin, Sara juga tahu sedikit sebanyak latar belakang Fakri.

Dengan hati yang berdebar-debar aku berjalan ke arah Sara yang ketika itu sedang melayari internet menggunakan laptop berjenama Dell miliknya. Belum sempat aku memulakan bicara, Maisara terlebih dahulu memulakan perbualan sebaik sahaja dia menyedari kehadiranku disisinya. "Cantikkan tunang Fakri ni, manis dan baik sungguh orangnya. Aku jumpa dia masa aku join program di UIA minggu lepas, tak sangka sudah hampir setahun mereka bertunang. Pandai sungguh Fakri berahsia," ujar Maisara sambil matanya masih tertumpu menghadap laptop.

Aku tergamam, terasa seperti ingin menitiskan air mata di situ juga, jasadku masih disitu namun ku rasa roh ku seakan-akan telah melayang terbang dan hilang. Ya Allah, ini merupakan tamparan yang maha hebat bagiku!

Tanpa pengetahuan sesiapa, termasuk Mira dan Sara, aku cuba menyembunyikan kesedihan yang sebenarnya tidak mampu untuk ku bendung. Aku berubah kerana Fakri, aku juga tampil dengan penampilan yang lebih islamik kerana Fakri tetapi semuanya hanya sia-sia! Apa kurangnya aku, Ya Allah? Ternyata kini, rupanya rinduku dan rasa kasihku selama ini adalah kepada tunangan orang! Astagfirullahalazim...

Keesokan harinya, terasa sungguh berat kaki ini ketika melangkah menuju ke program ilmiah yang diadakan di auditorium Fakulti Kejuruteraan. Aku cuba mengelak memandang wajah Fakri ketika bertembung dengannya disana. Tidak sanggup rasanya melihat Fakri yang sentiasa ceria itu sebenarnya sudah menjadi tunangan orang lain.

"Wah Fakri, cantik tunang anta. Pandai anta pilih. Kalau bukan sebab program di UIA haritu mesti sampai sekarang ana tidak tahu anta sudah bertunang," Sara menegur Fakri setelah program tersebut selesai.

"Sebenarnya kami memang berhasrat untuk tidak menghebohkan pertunangan kami. Insya-Allah pada hari pernikahan nanti saya akan menjemput kamu berdua ke majlis kami. Sebenarnya, kami tidak pernah berjumpa. Selama ini, kami cuma berbicara di telefon perkara yang perlu sahaja. Sejak awal lagi ana telah serahkan urusan jodoh ini semuanya di tangan keluarga," jawab Fakri yang membuatkan aku terpegun serta merta. MasyaAllah, benarlah seperti yang aku katakan di atas tadi, seorang lelaki yang baik akan memuliakan seseorang wanita, dan Fakri adalah tergolong dalam golongan lelaki yang baik itu.

Malam itu, aku merintih dalam doa kepada Rabbiku. Betapa berdosanya diri ini, Ya Allah. Selama ini aku tidak ikhlas dalam perubahanku. Aku bertudung labuh semata-mata demi seorang lelaki. Malah,aku perjuangkan dakwahMu cuma kerana aku ingin dekat dengannya, bukan ikhlas keranaMu. Bercucuran air mata turun dan mengalir dari kelopak mataku. Hari-hari berikutnya, aku meniti kehidupanku dengan tabah dan berharap keampunan Allah S.W.T untukku.

Alhamdulillah. Aku telah terpilih mengikuti program pertukaran pelajar di University Sydney, Australia selama 3 bulan. Bagiku pemilihan ini merupakan satu rahmat besar buatku. Sedikit demi sedikit aku sudah berhenti memikirkan Fakri dan lebih menumpukan mindaku menikmati keindahan ciptaan Allah di bumi Australia. Setelah beberapa minggu di sana, aku membuat panggilan kepada Ustazah Harlina Hasyim.

"Kalau dah suka sangat duduk di Australia tu, baguslah. Lagipun ustazah ada anak saudara yang sedang belajar medik disana. Kemungkinan besar dia akan bekerja di sana juga selepas mendapat ijazah akhir tahun ini. Senang macam ni, ustazah jodohkan dia dengan kamulah."gurau Ustazah Harlina sambil tergelak kecil.

Ya, siapa sangka gurauan itulah yang mengukir episod-episod seterusnya dalam hidupku. Gurauan tiga tahun lepas itulah yang membuatkan aku bahagia meniti hari-hari ku yang sebelum ini pernah malap kerlipannya. Hari ini hari bahagiaku, dan aku Alin Adila kini sedang menghampiri sebuah perkahwinan yang dibina atas dasar yang suci.

Di atas permaidani itulah bakal suamiku, Dr.Haikal Azim, seorang doktor yang bekerja di Sydney Children's Hospital, Randwick Australia. Nampaknya aku akan kembali menetap di bumi Australia. Jika tiga tahun lepas aku menetap hanya selama 3 bulan mungkin selepas ini bertahun-tahun lamanya. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang bakal terjadi. Ditakdirkan Allah, aku tidak menikahi lelaki yang bernama Fakri tetapi yang akan aku nikahi sebentar lagi merupakan sahabat baik Fakri sejak kecil. Satu kebetulan yang aku sendiri tidak jangka selama ini.

Hari ini Fakri kelihatan cukup segak berbaju melayu berada di sisi bakal suamiku yang akan aku nikahi sebentar lagi. Kelegaan aku ketika melihat kelibat Fakri tadi adalah kerana sekiranya bayang Fakri kelihatan, sudah tentulah bakal suamiku telah tiba disini bersama rombongannya. Fakri dan Haikal sememangnya terlalu akrab. Suatu ketika dahulu aku pernah berkata bahawa aku ingin mendapat suami macam dia (Fakri).

Alhamdulillah Allah menemukan aku dengan Dr.Haikal Azim yang sifatnya, akhlaknya sebaik Fakri yang dahulunya sering aku kagumi. Aku teringat kata-kata Fakri suatu ketika dahulu. "Perigi dan timba harus sama-sama mencari." Aku yang meminta 'dicarikan jodohku' oleh ustazah (walaupun bukan secara direct) dan bakal suamiku pula meminta mak longnya mencarikan bakal isteri buat peneman hidupnya di perantauan. Fakri sudah selamat diijabkabulkan dengan isterinya yang merupakan tunangannya suatu ketika dahulu pada tahun lepas. Kini, mereka kelihatan begitu mesra bersama. Aku berdoa semoga kebahagiaan itu menjadi milik mereka selamanya dan kebahagianku adalah pemilik hakiki hatiku kini.

IMPIAN CINTAKU . . .

Ketika sedang bersembang dengan seorang sahabatku, dia berjalan di tepi kami. 

"Andai aku diberikan suami, aku nak yang macam dia lah...." Bisik hati insan kudus ini. Dia terkenal sebagai pemuda yang "baik-baik". Dia yang aku maksudkan, seorang jejaka soleh bernama Fakri Hakimi.

Hari ini merupakan hari bahagiaku. Aku lengkap berpakaian putih berona pink, duduk bersimpuh di atas pelamin mini akad nikahku dalam majlis serba pink di rumah orang tuaku. Kelibat Fakri Hakimi yang segak berbaju melayu nyata melegakan keresahan hatiku.

Di kota ilmu, aku memasang misi ku menghadiahkan segulung ijazah buat ibu bapaku. Aku, Alin Adila merupakan seorang gadis simple yang menuntut di sebuah pusat pengajian tinggi. Bagiku, tidak perlulah berpakaian sarat semata-mata untuk ke kelas cukuplah sekadar memakai jeans dan T-shirt lengan panjang, dan tudung bawal yang menjadi pilihan hati.

Di kolej kediaman, aku tinggal bersama dua orang lagi roomateku, Mira dan Maisara. Mira bertudung hanya kerana tepaksa menatuhi syarat wajib di kampus. Maisara pula sentiasa bertudung labuh. Ditakdirkan Allah, aku dipertemukan dengan dua insan yang sangat berbeza, berbeza perwatakan dan juga gaya hidup. Aku masih ingat, hampir beberapa hari aku tidak bertegur sapa dengan Mira gara-gara mira yang agak kasar memarahiku semula apabila aku menasihatinya agar memakai tudung di luar kampus. Maisara pula berbeza perwatakannya, dia pernah menegur cara aku berpakaian menampakkan bentuk badan waima bagiku, aku telah menutup aurat sepenuhnya. Magis sekali, kami dipertemukan dalam titik perbezaan ini!

"Kau ni tak sportinglah. Jomlah,ikut aku pergi picnic dekat Port Dickson dengan kawan-kawan Zaki, Takkan lah aku nak ajak Sara yang bertudung labuh tu pulak," Mira mengajakku dengan penuh kesungguhan.

Kalau diikutkan hati, aku memang tidak mahu menurut ajakan Mira tetapi kata-kata mira seterusnya membuatkan aku terasa dan kalah dengan prinsip hatiku sendiri.

"Ke kau jelous tengok aku dengan Zaki dating? Yelah kau kan tak ada pakwe," Sinis Mira. Lantas aku membuat keputusan untuk pergi juga, "yelah, aku pergi."

Sara yang sememangnya kerap tiada di kolej kediaman kerana sibuk dengan pelbagai aktiviti persatuan, membuatkan aku menjadi lebih rapat dengan Mira. Aku, bukanlah alim orangnya, namun sejak zaman sekolah lagi aku tidak biasa bersosial dengan kawan-kawan lelaki. Akan tetapi kulihat Mira sangat mudah membenarkan Zaki menyentuh tangannya, mendakap mesra tubuhnya dan memeluknya. Zaki, bukanlah seorang yang jahil akan hukum hakam agama malah, dia merupakan seorang pelajar Pengajian Islam yang sepatutnya lebih faham dan arif tentang perkara yang haram dan halal. Seorang lelaki yang baik bagiku akan memuliakan seorang wanita bukan hanya merosakkan wanita tersebut dengan menurut hawa nafsu semata-mata.

"Ustazah je lah carikanlah untuk saya," gurauku ketika diusik Ustazah Harlina Hashim mengenai soal jodoh. Aku bersyukur dikurniakan seorang ustazah sebagai mentorku, malah aku sangat rapat dengannya. Perbincanganku dengan ustazah mengenai soal jodoh tersebut membuatkanku terfikir bagaimana akan aku tenemui jodohku nanti. Adakah aku akan menjadi seperti Mira dan Zaki, bertahun-tahun bercinta bagai nak rak , berdating dan bermadu kasih atau....

Aku menamatkan pertanyaanku sendiri tanpa sebarang jawapan yang pasti. Setelah selesai perjumpaan dengan mentorku, aku mendapat maklumat bahawa pelajar tahun kedua diwajibkan menghadiri program khas di masjid. Jujur aku katakan, aku cuma pergi ke program tersebut kerana terpaksa kerana diwajibkan untuk pergi, jika tidak jangan haraplah aku akan pergi menghadiri program seperti itu. Program yang dimaksudkan adalah sebuah program diskusi ilmiah yang memperlihatkan Fakri Hakimi sebagai salah seorang barisan panelnya. Aku mengenalinya ketika terlihat poster-poster yang terpampang di segenap ruang kampus ketika pilihan raya kampus semester lepas. Setelah beberapa minit diskusi berlangsung, aku mula mengagumi Fakri dalam diam. Kagum kerana dia merupakan seorang bakal jurutera akan tetapi begitu petah berbicara soal agama.

Rasa kagumku kepadanya tidak terhenti di situ. Aku menjadi lemah dan tertawan dengan gaya penampilannya yang kemas dan segak, tutur katanya yang berhikmah dan ketinggian ilmunya. Pada satu hari Sara mengajakku menghadiri program ilmiah yang akan diadakan di luar kampus, "Alin nak join program yang bakal diadakan di luar kampus hujung minggu ni?, Fakri Hakimi, one of the panel kat masjid semalam minta tolong aku carikan peserta untuk memeriahkan lagi program ini.

"Erm, bolehlah," balasku setelah berfikir seketika. Sebenarnya sudah beberapa kali Maisara mengajakku menghadiri program-program keagamaan seperti ini tetapi aku bukan sahaja malas untuk melibatkan diri, aku juga segan untuk turut serta dengan program-program seperti ini kerana aku bukanlah sealim Sara yang mengenakan tudung labuh. Aku takut persepsi mereka terhadapku adalah negatif.

Tetapi kali ini, aku mengagahkan diri untuk turut serta demi Fakri Hakimi. Semakin aku mengenali Fakri Hakimi, semakin aku sedari dia lah lelaki yang aku dambakan selama ini. Sejak itu aku semakin giat menyertai program-program ilmiah dan keagamaan yang diadakan di luar kampus mahupun di luar kampus. Malah, aku mula berjinak-jinak memakai tudung bidang 50 dan seterusnya bidang 60. Aku berpegang dengan kata-kata hikmah ini , 'Kalau ingin mencari yang soleh, maka jadilah yang solehah dulu!'

"Kalau anti suka pada seseorang tu, lebih baik beterus terang," bicara Fakri padaku menjawab kepada persoalanku mengenai jodoh yang aku utarakan kepadanya.

"Tapi ana seganlah, macam perigi cari timba je," balasku ringkas dengan nada perlahan. Dadaku berombak kencang dengan tiba-tiba.

"Sama ada perigi mahupun timba kenalah sama-sama mencari, mintalah pertolongan daripada Allah. Selain itu kalau anti segan, ana rasa lebih baik sekiranya anti gunakan orang tengah seperti yang dilakukan oleh Saiditina Khadijah," cadang Fakri dengan penuh berhikmah. Sesungguhnya, dia tidak mengetahui bahawa dia lah orang yang aku maksudkan.

Bersambung...

Sambungan kepada cerpen ini boleh di layari menerusi link dibawah:

http://www.iluvislam.com/tazkirah/remaja-a-cinta/2963-impian-cintaku-2.html